Teori ini mengandaikan pusingan sesuatu ekonomi ialah 7 tahun atau 10 tahun. Matawang yang jatuh akan kembali semula ke nilai asal selepas 7 atau 10 tahun. Jika 7 tahun, maka pada tahun ini lah Dinar akan diapungkan. Maka ada yang meramalkan selepas 31 Ogos iaitu tarikh akhir pengunduran tentera Amerika dari Iraq, Dinar akan naik semula. Ada juga yang meramalkan selepas pembentangan Baget Iraq 2011 pada akhir tahun ini. Maka tidak hairan sekali jika ada peramal dalaman Iraq yang menggerentikan DINAR AKAN NAIK PADA FEBRUARI 2011,
Asas Kedua - HASIL MINYAK IRAQ
Jika andaian Teori Pusingan Ekonomi 10 tahun, maka Dinar akan naik pada 2013. Andaian ini bersamaan dengan Asas Kedua, mengapa Dinar akan naik iaitu kerana HASIL MINYAK IRAQ. Pada 2013, keluaran minyak Iraq dijangka 5 ke 7 juta tong sehari. Maka ianya suatu yang amat logik. Apakah Iraq yang mengeluarkan minyak 5 atau 7 juta tong sehari lebih lemah nilai mata wangnya berbanding dengan RM, dalam keadaan Malaysia hanya mengeluarkan minyak 700,000 tong sehari. Maka nilai Dinar Iraq paling kurang hendaklah bersamaan RM 1.00.
Maka jika Iraq tidak mengapungkan matawangnya, maka Iraq akan mengamalkan ekonomi songsang kerana Iraq membiarkan matawangnya tidak laku di pasaran walhal matawangnya amat tinggi nilainya. Apabila Malaysia menambat RM pada 1998, ianya terpaksa dilepaskan pada 2005 kerana matawangnnya makin menguat. Dasar mengapungkan wang adalah satu dasar utama sesuatu negara. Tambahan pula negara yang tinggi nilai hasil dan ekspotnya.