Utusan Malaysia 22/2/2007 (Khamis)Desakan pengunduran tentera asing dari Iraq Britain keluar mulai April iniLONDON 21 Feb. – Perdana Menteri, Tony Blair hari ini mengumumkan jadual waktu untuk mengundurkan 7,100 askar Britain secara berperingkat-peringkat dari Iraq.
Laporan media menyebut, hampir separuh daripada jumlah itu akan pulang ke tanah air menjelang hujung tahun ini.Sehingga 1,500 askar dijangka dikeluarkan dari negara itu pada April ini manakala 1,500 lagi menjelang akhir Disember.Britain ialah sekutu utama Amerika Syarikat (AS) di Iraq di mana Washington menempatkan kira-kira 138,000 askarnya dan merancang untuk menghantar 21,500 lagi bagi membendung keganasan terutamanya di Baghdad.White House yang menghadapi tekanan daripada rakyat dan Kongres AS berhubung strategi perangnya di Iraq cuba memberi gambaran positif tentang rancangan pengunduran Britain itu selepas Blair menelefon Presiden George W. Bush untuk memaklumkan langkah tersebut.“Bush melihat langkah ini sebagai tanda kejayaan yang membayangkan apa yang kita sendiri boleh lakukan apabila kita berjaya membantu Iraq menangani keganasan antara mazhab di Baghdad.“Presiden berterima kasih atas bantuan tentera Britian pada masa lalu dan akan datang. Kami gembira kerana keadaan di Basra sudah pulih secukupnya untuk membolehkan mereka menyerahkan kuasa kepada pasukan keselamatan Iraq,” kata jurucakap White House, Gordon Johndroe.Askar Britain yang berpangkalan di sekitar bandar utama di selatan Iraq, Basrah sudah pun menyerahkan kuasa kepada pasukan keselamatan Iraq di beberapa kawasan di selatan.Keganasan di kawasan majoriti Syiah itu tidak seburuk yang disaksikan di Baghdad dan kawasan “segi tiga Sunah” di tengah Iraq.Bagaimanapun tentera Britain menghadapi tentangan keras daripada militia-militia tempatan dan 130 askar British telah terkorban di Iraq.Pejabat Blair di Downing Street enggan mengesahkan atau menafikan laporan media tetapi menyatakan “adalah wajar Perdana Menteri memaklumkan Parlimen terlebih dahulu.”--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Utusan Malaysia 23/2/2007 (Jumaat)Bush didesak contohi Blair undur dari IraqWASHINGTON 22 Feb. – Musuh-musuh politik Presiden George W. Bush semalam mendesak beliau mencontohi sekutu rapatnya, Perdana Menteri Britain, Tony Blair dengan memulakan pengunduran askar Amerika Syarikat (AS) dari Iraq.
Anggota Demokrat di Kongres menggunakan rancangan pengunduran askar British yang diumumkan oleh Blair semalam sebagai senjata baru untuk menghentam Bush dalam perbahasan sengit berhubung perang di Iraq.Pemimpin Majoriti (Demokrat) di Senat, Harry Reid secara berterus-terang berkata, Britain akhirnya menerima kenyataan tetapi Bush masih “menolak hakikat itu” kerana beliau tetap mahu menghantar askar tambahan ke Iraq.“Sengketa di Iraq tidak mungkin diselesaikan secara ketenteraan semata-mata,” kata Reid dalam kenyataannya.Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi pula bertanya, “mengapa beribu-ribu lagi askar Amerika hendak dihantar ke Iraq padahal pada masa yang sama, askar Britain merancang untuk berundur?”Senator veteran Demokrat, Edward Kennedy menyifatkan pengumuman Blair itu sebagai tindakan yang menolak pendekatan Bush.
No comments:
Post a Comment