Showing posts with label Pelaburan Dinar. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan Dinar. Show all posts

Sunday, 17 April 2011

Nilai RV


INFO RINGKAS PELABURAN DINAR IRAQ

Pelaburan Dinar Iraq adalah pelaburan SAH di sisi undang-undang . Pelaburan ini adalah berlandaskan kepada pertukaran wang dan ia akan memberikan pulangan 500 peratus kepada mereka yang bersabar dan faham akan jenis pelaburan ini. Sama macam mereka yang melabur dalam matawang Dinar Kuwait & Afghanistan lalu, maka pelaburan Dinar Iraq adalah yang terbaik buat masa kini. Beli, simpan dan jual semasa diapungkan (RV) nanti, mudahan.

1 Dinar Bersamaan 1.1 USD?? Tunggu Berita Gembira Dari Parlimen Iraq dalam tempoh terdekat

Mungkin ramai yang masih belum faham, pengumuman Bank Negara Iraq semalam bahawa mereka akan menaikkan 3 sifar daripada Dinar Iraq. Ramai menyatakan bahawa Iraq akan mengugurkan 3 kosong dalam note mereka. Seperti yang jelaskan dalam entri sebelum ini, Iraq tiada niat untuk berbuat demikian. Bahkan mereka tak pernah sebut untuk lakukannya. Yang ada hanyalah untuk menaikkan 3 sifar dalam Dinar Iraq.


Apa maksud menaikkan tiga sifar dalam Dinar Iraq?? Maksudnya adalah sifar dalam dinar Iraq dinaikkan kepada tiga kenaikan. Contoh mudah, nilai 1 USD yang bersamaan dengan 1170 Dinar Iraq (IQD) ketika ini, dinaikkan ke 3 sifar, menjadi 1.117 Dinar Iraq. Maksudnya ialah 1 USD bersamaan dengan 1.1 IQD. Diulangi, 1.1 IQD. Secara automatik Dinar dah RV. Jika kita sebelum ini menyimpan 1 juta Dinar Iraq, bermakna kita akan mendapat 1.1 JUTA USD.(1 juta x 1.1). Kalau ditukarkan ke Malaysia, menjadi RM 3 JUTA (1.1 juta USD x 3.02176). Woow...jutawanlah kita semua.


Dan inilah yang disampaikan oleh Penasihat CBI semalam, Mohammad Salleh. Cadangan menaikkan 3 sifar sekarang ini telah diajukan kepada kabinet Iraq dan juga Parlimen. Cadangan ini diusulkan disebabkan oleh keyakinan Iraq bahawa mereka mampu untuk mengeluarkan minyak 6 hingga 12 juta tong sehari (Bayangkan 1 tong dlm 100 USD..12 juta tong sehari???) . Bahkan ada laporan menyebut bahawa Iraq memiliki simpanan minyak lebih daripada 500 bilion, termasuk Gas dan Sulfur. Bayangkan...


Dan mungkin cadangan menaikkan 3 sifar ini akan mendapat kelulusan Parlimen Iraq. Kerana pada Februari lalu, Kementrian Kewangan Iraq menyatakan bahawa kenaikan 3 sifar dari mata wang Iraq akan membebaskan ekonomi Iraq daripada sedia ada dan meningkatkan nilai Dinar Iraq di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Bahkan IMF sendiri menyatakan pada akhir Ogos lalu bahawa mereka menyokong ekonomi Iraq termasuk dalam soal penswastaan
​​bank dan meningkatkan tiga sifar dari mata wang Dinar Iraq untuk negara terbabit membangunkan ekonomi dan membayar hutang serta pampasan yang perlu dijelaskan oleh negara Iraq. Wah nampaknya sokongan Iraq dan IMF sendiri dalam usaha menaikkan 3 sifar ini.


Tujuannya menaikkan 3 sifar ini adalah untuk mengurangkan inflasi dan mengurangkan kos transaksi serta pembawaan wang tunai. Tapi tujuan utamanya adalah untuk menaikkan matawang Dinar Iraq itu sendiri (RV maknanya). Dan jika cadangan ini dilaksanakan, Iraq akan mendapat laba yang besar. Duit mereka di pasaran akan menjadi besar hingga boleh mencecah 27 trilion dinar Iraq. Sebab itulah ramai pakar ekonomi menyatakan bahawa Iraq boleh menjadi seperti China dan Brazil pada 20 tahun akan datang. Negara mereka akan duduk sebaris dengan negara kaya di rantau Arab seperti Kuwait, Bahrain, Qatar dan Arab Saudi tak lama lagi.


Inilah berita yang paling mendebarkan dan menyejukkan jiwa kita sejak 7 tahun lalu. Jika cadangan menaikkan 3 sifar ini diterima, secara jelas dan nyata...Dinar Iraq akan RV. Sujud syukur kita semuanya nanti. Sebab itulah dalam entri saya semalam, saya yakin yang Bank Negara Iraq akan lakukan selari dengan apa yang kerajaan Iraq minta. Sebab Bank Negara Iraq dan kerajaan tak boleh buat keputusan yang memandai-mandai, tanpa persetujuan Maliki itu sendiri. Jadi rumour kata Bank Negara Iraq nak buang 3 kosong, hanya cerita rekaan semata-mata. Yang ada adalah untuk menaikkan 3 sifar itu sendiri. Yang dalam bahasa ekonominya adalah untuk membolehkan Dinar itu RV sendiri dalam masa terdekat

Monday, 28 March 2011

INFO RINGKAS PELABURAN DINAR IRAQ

"Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Orang Nampak Bila RV"
Melalui risikan beberapa orang teman, insyaALLAH Dinar Iraq akan diapungkan tak lama lagi (jangkaan hujung bulan ni). Nilai apungan dilaporkan akan mencecah hingga ke paras 1 Dinar bersamaan USD 3.40. Banyak tu!! bermakna 1 Dinar bersamaan dengan RM 10.00 lebih. Jika kita ada 100,000 Dinar Iraq dengan kos RM1, 600, kita boleh dapat RM 1 Juta (100,000 Dinar Iraq x rm 10). Haha..goyang kakilah kita lepas ini.

Ada orang kata pelaburan Dinar Iraq ini satu jenis perniagaan penipuan (scam business). Senang je saya nak patahkan hujah orang yang dengki ini..kita tanya kat orang ni, ada ke CIA, FBI, PBB, Bank Dunia, Bank Negara Malaysia..PDRM kata ia satu penipuan??? Takde kan. Takkanlah CIA yang serba canggih tu tak keluarkan amaran tentang pelaburan Dinar Iraq. Mestilah akan keluarkan amaran kalau ia scam sebab ia libatkan rakyat Amerika sendiri. Macam PDRM keluarkan amaran larang rakyat Malaysia sertai Skim Pak Man Telo..kenapa Dinar Iraq tak dikategorikan sebagai satu bisnes penipuan?? Jawapannya mudah sahaja..pelaburan Dinar Iraq ni samalah macam kita melabur dalam pasaran emas, timah, saham dan matawang lain. Ianya adalah pelaburan yang sah di sisi syara' dan undang-undang.
Dulu orang dok kejar labur dalam matawang Dinar Kuwait dan afghanistan...sekarang?? kaya raya mereka ini. Hanya kita je yang masih duduk di bawah tempurung
Ramai tak tahu tentang sejarah turun naik Dinar Kuwait dan Dinar Afghanistan ini. Ringkasannya boleh dilihat di bawah ini (sesuai untuk pelabur baru yang ingin melabur dalam bisnes ini)



DINAR KUWAIT


Kuwait sebelum perang dengan Iraq pada tahun 1990 : 1 Dinar Kuwait = US$ 3,34. 
Pada saat perang : 1 Dinar Kuwait = US$ 0,106 tahun 
setelah perang 1 Dinar Kuwait = US$ 3,45. 2011- 1 Dinar Kuwait bersamaan : US$ 3,61



DINAR AFGHANISTAN


Afghanistan sebelum perang : 1 Afg = US$ 0.03 
Pada saat perang 1 Afg = US$ 0,0001 Setelah perang 1 Afg = US$ 0,02.


Masih tak percaya lagi ke tentang Dinar Iraq ini?? Cukuplah testimoni yang ada pada Dinar Kuwait dan Dinar Afghanistan. Ada pelanggan pernah berkata pada saya akan satu peribahasa. Peribahasa dia berbunyi begini."Tuah ayam nampak di kaki, tuah orang nampak bila rv.".
Ya memang betul..takkan kita nak jadi hang jebat pula, mestilah jadi hang tuah..atau orang yang bertuah. Bertuah kerana pandai merebut peluang keemasan yang terhidang di depan mara kita lepas ini

Tuesday, 30 November 2010

BANK DI IRAQ – PELABUR UTAMA DINAR


- Bisnes utama bank ialah pertukaran wang. Selepas Saddam, dunia perbankan Iraq semakin rancak, berkembang dan sistematis mengikut peraturan dan undang-undang berkaitan dengannya.

Membuka bank bermakna berniaga dan menyimpan matawang negara itu sendiri. Turun naik matawang akan memberi pulangan dan sekaligus risko kepada bank itu sendiri. Dalam keadaan negara yang tidak stabil politik dan ekonominya, hanya negara sahaja mengadakan perkhidmatan bank. Ianya tidak melibatkan bank perdagangan persendirian.

Kini ekonomi dan politik Iraq memberi keyakinan kepada banyak bank persendirian tempatan dan bank komersil antara bangsa. Terdapat lebih 25 buah bank tempatan yang berkembang membuka banyak cawangan di Iraq. Terdapat 6 buah bank luar yang beroperasi di Iraq kini. Jika risiko menyimpan dan berurusniaga dinar Iraq, maka bank inilah pihak pertama yang menanggung risikonya. Tetapi setakat ini merekalah yang beruntung kerana nilai dinar naik sedikit demi sedikit.

SUASANA DI IRAQ MAKIN STABIL
- Keamanan dan kestabilan politik dalam negara merupakan salah satu syarat kemajuan ekonomi. Rakyat hanya akan puas hati jika mereka sendiri yang menentukan pimpinan negara mereka sendiri. Seperti negara Eropah dan Asia yang lain, negara-negara di Timur Tengah perlu berubah ke sistem demokrasi tulin supaya ianya memberi faedah kepada rakyat secara langsung. Iran dan Iraq di lihat sebagai perintis kepada sebuah negara demokrasi pilihan rakyat di Timur Tengah. Dengan adanya sumber ekonomi minyak dan gas – kedua-dua negara ini dilihat akan lebih kedepan berbanding dengan negara-negara lain di Timur Tengah. Amalan demokrasi di Iraq akan melahirkan keamanan dan kestabilan politik – sekaligus meningkatkan nilai dinar seperti sebelum 2003 – RM 1.00 bagi setiap dinar. Tunggulah saatnya seperti mana yang diramal dan diyakini oleh para pemerhati dan penganlisis ekonomi dunia.

PEMBANGUNAN DI IRAQ SEMAKIN RANCAK
- Pembangunan semula negara selepas perang terlalu rancak. Ianya melibatkan perbelanjaan negara yang besar – meliurkan ramai kontraktor dalam dan luar negara. Banyak negara yang melalui proses yang sama selepas perang misalnya Jepun, German dan Russia yang rancak pembangunannya. Bagi sebuah negara pengeluar minyak seperti Iraq, soal kewangan untuk membiayai pembangunan semula negara tidak menjadi masalah. Dalam keadaan sekarang, Bank Negara Iraq telah menjual(melelong) dinarnya kepada bank asing berbiliion USD dan disambut dengan hangat kerana bank asing ini terlalu optimistik dengan dinar Iraq.

BANK ASING AKTIF BELI DINAR IRAQ
- Bank asing telah menjadikan pembelian dinar Iraq sebagai salah satu potfolio pelaburan serta langkah mengadakan reserve dalam dana mereka sendiri. Apabila dinar ini naik nanti, mereka akan menggunakan dinar ini untuk pelaburan ke Iraq semula. Jika nilai dinar naik ke RM 1.00, pada hakikatnya kos pelaburan mereka ialah RM 0.10 sahaja kerana para pelabur itu telah membeli dan menyimpan dinarnya pada harga sekarang. Tidak hairanlah, ramai sekali pedagang Amerika telah membuka akaun bank di Iraq.

STOK DINAR IRAQ MAKIN SUKAR DIBELI
- Stok dinar Iraq semakin sukar diperolehi di pasaran luar Iraq kerana penyimpan dinar Iraq sudah melihat bayangan kenaikan nilai dinar Iraq ini secara signifikan selepas tentera Amerika berundur secara rasmi dari bumi Iraq dan tak bersedia menjualnya lagi. Kalau dulu penyimpan dinar Iraq dikatakan menyimpan koleksi dinar tetapi kali ini dianggap sebagai penyimpan bon bernilai tinggi untuk ditebus pada bila-bila masa.

GAJI KONTRAKTOR ASING DIBAYAR DENGAN DINAR
- Kontraktor asing di Iraq telah dibayar dengan wang dinar Iraq. Ini memberi makna bahawa nilai dinar Iraq berpotensi untuk terus naik dan nilainya dijamin oleh Bank Negara Iraq. Suatu yang malang jika kontraktor asing menerima bayaran dalam matawang Iraq jika ekonomi Iraq tidak berpotensi untuk lebih maju dari sekarang.

IRAQ NEGARA KEDUA PALING BANYAK KELUAR MINYAK
- Sebagai negara kedua paling banyak mengeluar gas dan minyak, Iraq menjadi idaman semua pelabur asing dan mempastikan lobi dibuat supaya Iraq perlu distabilkan.

ASKAR AMERIKA AKAN KELUAR DARI IRAQ SEPENUHNYA PADA 2011

- Mulai 30 Jun lalu, tentera Amerika mulai keluar dari Iraq dan dijangka akan akan keluar habis pada 2011. Seperti yang diramalkan, perang akan tetap tamat. Siapa nak perang berterusan. Itulah pusingan hidup – aman-perang-aman semula. Dan sudah pasti, Dinar akan kembali diapungkan setelah Iraq selamat daripada peperangan.



MESYUARAT IMF BAKAL MENYAKSIKAN KEJUTAN

- Perlantikan PM Iraq adalah penting sekali menjelang mesyuarat antara IMF dan Bank Pusat Iraq pada 8 hingga 10 Oktober 2010 ini. Sebarang keputusan besar berkaitan dengan apungan Dinar Iraq sewajarnya dengan pengetahuan dan restu PM baru Iraq. Ramai yang sudah menyampah betapa sukarnya hendak melantik PM ini sehinggakan mencadang supaya Anwar Ibrahim di ekspot ke sana untuk menjadi PM Iraq!!. Wooo.

Sejak 6 bulan lalu Iraq mengalamami kerugian kerana banyak perjanjian perdagangan tidak boleh dibereskan kerana ketidaktentuan PM Iraq.

38 NEGARA MENANTI DINAR DIAPUNGKAN
- Dikatakan ada 38 buah negara sedang membuat persiapan menunggu dinar diapungkan. Harga yang dijangka ialah USD 6.38 atau USD 7.39. 38 buah negara itu hanya menanti pengistiharan dari Iraq sahaja.

IRAQ LEBIH DEMOKRATIK
- Kini, selepas 7 tahun, Iraq sudah jauh berubah dan menuju kepada sebuah negara yang lebih demokratik dan bersistem dalam pemerintahannya. Iraq telah melalui dua kali pilihanraya secara bebas untuk memilih kerajaan. Partisapasi rakyat lebih menyeluruh dengan adanya beberapa buah parti politik. Selepas pilihan raya pada Mac lalu, Iraq dijangka akan mempunyai Perdana Menteri baru dengan barisan kabinetnya.

TENTERA IRAQ SIAP SEDIA AMBIL ALIH PENTADBIRAN IRAQ
- Tentera Iraq pula sudah bersiap sedia mengambil alih peranan tentera Amerika yang bakal keluar pada 31hb Ogos ini. Penjara terakhir yang dikawal oleh tentera Amerika telah pun diserahkan kepada pihak berkuasa Iraq sendiri. Walaupun ada beberapa pengeboman di pinggir bandar, ianya dilihat sebagai reaksi seorang dua rakyat sahaja – bukannya satu kumpulan yang besar dan berpengaruh. Rakyat Iraq secara keseluruhannya berpuas hati kerana haknya sebagai rakyat telah berjaya dikembalikan melalui sistem pemilihan yang bebas secara demokratik.

Fasa pengeluaran tentera Amerika pada 31 Ogos merupakan satu tahap membolehkan dunia percaya dengan keselamatan dan keamanan Iraq untuk membolehkan Iraq dilihat sebagai “negara emas” dalam pelaburan, kewangan dan ekonomi oleh pelabur luar. Maka tidak hairanlah jika para penganalisis meramalkan matawang Iraq ini akan diapungkan pada tahun ini juga. Yang hebatnya, rakyat Amerika yang dilapurkan sebagai penyimpan Dinar Iraq yang teramai sekali dalam dunia, telah mula mengisi borang pertukaran wang Dinar Iraq dan borang pengistiharan cukai keuntungan jualan Dinar Iraq kepada kerajaannya.

IRAQ LELONG MATAWANG DEMI KENAIKAN DINAR
- Ekonomi Iraq yang bermula dari kosong pada 2003 sehingga menyebabkan kerajaan Iraq terpaksa menjual matawang dinarnya secara lelongan kepada bank asing setiap bulan sehingga pada awal bulan ini untuk menampung kos pentadbiran dan pembangunan Iraq. 

Dalam dunia kini, Iraqlah sebuah negara yang “melelong” matawangnya sendiri untuk mendapatkan matawang asing bagi membiayai kos pembangunan negaranya. Mengapa bank asing sanggup membeli dinar sekarang pada harga USD 1.00 = 1,168 Dinar? Mereka membeli antara USD 100 ke 200 juta setiap bulan. Hal ini kerana bank asing mahu menjadikan Dinar Iraq sebagai reserve terbaik kepada bank mereka kerana nilai Dinar Iraq akan naik pada satu ketika nanti. Kiralah sendiri betapa untung jika 1 Dinar Iraq naik ke USD 0.30 atau USD 1.50 atau USD 3.30 iaitu seperti harga asal dahulu sebelum 2003.

BANK PUSAT IRAQ BERSIDANG DENGAN IMF 8-10 OKTOBER INI

- Bank Pusat Iraq akan bersidang bersama IMF pada 8-10hb Oktober di Washington. Antara perkara yang bakal dibincangkan ialah berkaitan dengan matawang Iraq.
Apakah di akhir mesyuarat pada 10.10.10 itu akan menggemparkan berita apungan Dinar?

MINYAK IRAQ LEBIH BANYAK DARI MALAYSIA
- Minyak Iraq lebih banyak dari Malaysia. Dalam tempoh 6 tahun dari -sekarang, Iraq akan mengeluarkan minyak 6 juta tong sehari atau 2.19 Biliion tong setahun. Sebaliknya, stok minyak Malaysia hanya akan bertahan sehingga 2017, jika tidak menemui sumber baru. Dan tidak mustahil Malaysia akan menjadi negara pengimpot minyak pula. Dengan kekuatan minyak Iraq apakah nilai matawangnya lebih rendah dari RM Malaysia. Tak logik langsung. Yang logik ialah 1 Dinar = RM 1.00. Beberapa syarikat minyak antara bangsa teleh membuat perjanjian meneroka tapak minyak sehingga membolehkan Iraq mengeluarkan minyak sebanyak 6 juta tong sehari dalam tempoh 5 tahun akan datang.

IRAQ SEKAT WANG HARAM
- Pihak berkuasa Iraq sedang menggubal undang-undang berkaitan dengan pengaliran wang haram. Ini merupakan tanda besar ke arah nilai dinarnya yang bakal naik. Jika dinar iraq yang terlalu kecil, maka tak perlu lah undang-undang ini diadakan.

CARREFOUR MASUK IRAQ
- Pasaraya Carrefour mengembangkan rangkaiannya di Iraq. Ini menandakan Iraq lebih stabil politik dan keselamatannya sehingga syarikat luar sanggup dan bersedia membuat pelaburan di sini.

BURSA SAHAM IRAQ AKTIF
- Indek Bursa Saham Iraq juga menunjukkan kenaikannya dan bilangan syarikat yang disenaraikan semakin bertambah dari masa ke semasa. Petunjuk pertumbuhan ekonomi Iraq semakin memberansangkan dan semuanya ini akan mendorong kenaikan nilai Dinar Iraq sebelum 2013. Dan jangan hairan kalau lebih awal lagi dari 2013.

DONALD TRUMPH TELAH BELI DINAR IRAQ SEBANYAK USD 30 JUTA
- Jutawan Donald Trumph telah pun membeli dinar Iraq sebanyak USD 30 juta, ianya membayangkan bahawa Dinar Iraq ini akan naik dalam tempoh terdekat.

PM IRAQ MINTA BANK NEGARA IRAQ NILAI KEMBALI DINAR
- PM Iraq dan beberapa orang anggota lembaga Bank Negara Iraq juga telah meminta Gabenor Bank Negara Iraq menilai semula nilai Dinarnya.

Perdana Menteri Iraq telah meminta Bank Negaranya mengkaji semula nilai Dinar dengan mengambil kira ekonomi Iraq yang semakin mengukuh sekarang.

Beliau menegaskan lagi bahwa dinar mempunyai sebab yang kuat untuk naik dengan mengambil kira sumber pendapatan dan pembangunan ekonomi Iraq



IRAQ SEKAT WANG HARAM

- Pihak berkuasa Iraq sedang menggubal undang-undang berkaitan dengan pengaliran wang haram. Ini merupakan tanda besar ke arah nilai dinarnya yang bakal naik. Jika dinar iraq yang terlalu kecil, maka tak perlu lah undang-undang ini diadakan.

CARREFOUR MASUK IRAQ
- Pasaraya Carrefour mengembangkan rangkaiannya di Iraq. Ini menandakan Iraq lebih stabil politik dan keselamatannya sehingga syarikat luar sanggup dan bersedia membuat pelaburan di sini.

BURSA SAHAM IRAQ AKTIF
- Indek Bursa Saham Iraq juga menunjukkan kenaikannya dan bilangan syarikat yang disenaraikan semakin bertambah dari masa ke semasa. Petunjuk pertumbuhan ekonomi Iraq semakin memberansangkan dan semuanya ini akan mendorong kenaikan nilai Dinar Iraq sebelum 2013. Dan jangan hairan kalau lebih awal lagi dari 2013.

DONALD TRUMPH TELAH BELI DINAR IRAQ SEBANYAK USD 30 JUTA
- Jutawan Donald Trumph telah pun membeli dinar Iraq sebanyak USD 30 juta, ianya membayangkan bahawa Dinar Iraq ini akan naik dalam tempoh terdekat.

PM IRAQ MINTA BANK NEGARA IRAQ NILAI KEMBALI DINAR
- PM Iraq dan beberapa orang anggota lembaga Bank Negara Iraq juga telah meminta Gabenor Bank Negara Iraq menilai semula nilai Dinarnya.

Perdana Menteri Iraq telah meminta Bank Negaranya mengkaji semula nilai Dinar dengan mengambil kira ekonomi Iraq yang semakin mengukuh sekarang.

Beliau menegaskan lagi bahwa dinar mempunyai sebab yang kuat untuk naik dengan mengambil kira sumber pendapatan dan pembangunan ekonomi Iraq

History of iraqi dinar exchange rates (Sejarah nilai tukar Dinar Iraq)

Year      

1 IRQ/US Dollar Exchange
1932
USD $4.86
1971
USD $2.80
1973
USD $3.39
1998
USD $0.00083330
2001
USD $0.00050760
2002
USD $0.00034290
2004
USD $0.00070370
2008
USD $0.00081360
2010
USD $0.0009


IRAQ DINAR








السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"Sesungguhnya (hanyalah) orang-orang mu’min itu bersaudara” (Al-Hujuraat :10)

Ayuh Saudara ku sekalian Kita semarakkan persaudaraan Muslim di Dunia Maya ini

Letakkan Kalimah Lailahaill Allah di BloG anda Sebagai Tanda SokonGan!

"Bersatu Kita Teguh Bercerai RoboH"